Pada hari Khamis 27 Januari 2011 yang lepas, telah diadakan Kursus Kepimpinan Pengawas Sekolah SK Seksyen 13 bertempat di sekolah. Program bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.30 petang. Seramai 40 orang pengawas terlibat dalam program ini yang mana tujuannya adalah untuk membina keyakinan dan jati diri sebagai pemimpin rakan di sekolah. Malahan membentuk kemahiran yang baik dan sebagai contoh kepada rakan-rakan dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas dengan baik dan bertanggungjawab.
Perjalanan kursus ini berlangsung dengan baik dan dibimbing oleh guru-guru yang dipilih sebagai fasilitator yang mana murid dibahagikan kepada 6 stesen dan beredar dari satu stesen ke satu stesen. Antara kandungan bagi setiap stesen dan fasilitatornya adalah seperti berikut:
1. Bacaan iqrar - (Pn Ainul Fathiyah Bt Mohd Noor)
2. Menaik dan menurunkan bendera- (Pn Ong Bee Bee)
3. Bacaan doa : (Murid lelaki sahaja) – (En. Supian Hadi Bin Abd Rahman)
4. Pengacara Perhimpunan – (Pn. Haliza Bt Hasan)
5. Komunikasi Berkesan – (Pn. Kamilah Bt Ismarani)
6. Kawad Kaki – (Pn. Chan Sook Ling)
Semua pengawas berkumpul di dewan sekolah dan diberikan taklimat oleh Penyelaras Kursus iaitu En. Che Jafri Bin Che Din selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling. Turut hadir adalah Puan Rafeah Bt Basri iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Berikut adalah tentatif program yang telah disediakan bagi melancarkan kursus ini.
2.00 petang : Pendaftaran
2.15 petang : Bacaan doa
-Taklimat ringkas
2.30 petang : Pecah kumpulan dari stesen ke stesen
- Lengkapkan 6 stesen
- Satu stesen tidak lebih dari 10 minit
3.30 petang : Berkumpul di Dewan
- Takilmat rumusan
- Nyanyian lagu Negaraku
4.30 petang : Bersurai
Semua murid memberikan komitmen yang baik dalam kursus ini dan diharap dapat mengaplikasikannya dalam menjalankan tugas sebagai seorang pengawas. Kursus berakhir dengan ucapan penilaian oleh Puan Norlaila Bt Dauvil dan ucapan tahniah kerana semua pengawas menjalani kursus dengan baik dan lancar. Berikut adalah gambar-gambar sebagai lampiran sepanjang kursus dijalankan.