Antara murid terawal....semangat anak cilik ni.....
Ibubapa memerhatikan anak masing-masing dari luar kelas semasa ujian sedang dilangsungkan.
HARI ORIENTASI TAHUN 1 & PRA SEKOLAH 2011
SK SEKSYEN 13, SHAH ALAM SELANGOR
Pada 31 Disember 2011 yang lepas, telah berlangsungnya hari orientasi bagi tahun 1 & pra sekolah bagi sesi 2011. Seramai 140 orang murid tahun satu termasuk murid pra sekolah datang bersama ibu bapa masing-masing pada hari orientasi tersebut. Program bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Berikut adalah aturcara program pada hari orientasi tersebut:
8.00 pagi : Pendaftaran
- Guru-guru kelas tahun 1/2011 menerima murid tahun 1 di kelas masing-masing.
- Guru pra sekolah & pembantu murid menerima murid Pra Sekolah di kelas pra sekolah.
8.30 pagi : Ibu bapa/penjaga murid tahun 1 mengambil tempat di dalam dewan SK Seksyen 13, Shah Alam.
Ibu/Bapa/Penjaga Murid Pra Sekolah (seorang shj) masuk ke kelas Pra Sekolah untuk menghadiri Taklimat Pewaris.
9.00 pagi : 1) Kata-kata Aluan Pengerusi Majlis.
2) Bacaan doa.
3) Ucapan Guru Besar.
4) Taklimat Pengurusan Akademik oleh PK 1.
5) Taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh PKHEM.
6) Ujian Diagnostik Tahun 1/2011
11.00 pagi : Urusan bayaran tambahan & agihan buku SPBT
12.30 tengahari : Bersurai.
Semua murid tahun satu akan masuk ke dalam kelas masing-masing yang telah ditentukan pada senarai nama yang telah dilekatkan pada pintu kelas dan menjalani ujian diognostik yang dikendalikan oleh guru kelas dan beberapa guru lain. Semua murid memberikan kerjasama yang bagus dan menjalani ujian dengan baik. Murid-murid ini kelihatan seronok berada di alam persekolahan baru dengan pakaian baru dan berjumpa dengan rakan baru. Bahkan inilah pengalaman baru dalam menempuh perjalanan baru dalam menimba ilmu.
Hari orentasi ini berjalan dengan baik dan lancar dengan kerjasama ibubapa, murid-murid serta guru-guru. Setelah habis taklimat daripada semua pentadbir SK Seksyen 13, ibubapa membuat urusan bayaran di kelas anak masing-masing dan murid menerima buku teks yang diagihkan. Lebih kurang pukul 12.30 tengahari semua urusan selesai dan bersurai.
LAMPIRAN
Murid tahun 1 masuk ke kelas masing-masing. Ibu bapa melihat senarai nama anak mereka di papan kenyataan. Ibu bapa berada di dewan sekolah mendengar taklimat daripada pentadbir SK Seksyen 13. Selesai taklimat, ibu bapa melihat dari luar anak masing-masing menjalani ujian yang hampir tamat. Keadaan di dalam kelas, semasa murid-murid menjalani ujian bertulis sambil dipantau oleh guru kelas. Guru Pra Sekolah berinteraksi dengan ibubapa Guru SPBT sibuk membahagikan buku teks yang hadir kepada para pelajar baru.
Guru-guru memantau murid semasa ujian dijalankan...